KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin yang dipilih sebagai Ahli Majlis Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mewakili Asia.
Seri Paduka menzahirkan rasa sukacita dan bangga di atas kejayaan Hamidin dan menyifatkannya sebagai satu pengiktirafan bukan sahaja kepada beliau tetapi juga kepada FAM serta negara.
"Ia juga sekali lagi membuktikan bahawa Malaysia mampu melahirkan individu yang berkualiti, berkaliber dan bertaraf antarabangsa," titah baginda dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook Istana Negara, hari ini.
Hamidin dipilih sebagai Ahli Majlis FIFA bagi penggal 2023-2027 pada Kongres AFC ke-33, di Pusat Konvensyen Gulf di Manama, Bahrain, semalam.
Hamidin yang sebelum ini merupakan Ahli Jawatankuasa Eksekutif AFC, menerima 30 undian.
Beliau merupakan antara tujuh calon yang bertanding bagi mengisi lima kerusi wakil lelaki Asia.
Seri Paduka turut menzahirkan keyakinan bahawa Hamidin, berbekalkan keupayaan dan pengalaman luasnya mampu menggalas tanggungjawab sebagai Ahli Majlis FIFA dengan jayanya.
Baginda turut yakin bahawa Hamidin akan membawa suatu nafas baharu kepada sukan bola sepak dunia dan negara serta menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepadanya, selain mendoakan semoga beliau dilimpahi kejayaan cemerlang berterusan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 02 2023
Hamidin dipilih sebagai Ahli Majlis FIFA bagi penggal 2023-2027 pada Kongres AFC ke-33, di Pusat Konvensyen Gulf di Manama, Bahrain, semalam. - Foto Facebook Istana Negara
'Sedih julang piala dengan cara ini' - Tunku Mahkota Ismail
Pemilik JDT Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan rasa sedih untuk menjulang Piala Sumbangsih 2024 dengan cara berbeza.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 10 Mei 2024.
Piala Sultan Azlan Shah: Malaysia menang tipis 1-0 ke atas Korea Selatan
Malaysia melengkapkan jadual pusingan awal Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) ke-30 dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas juara tiga kali Korea Selatan di Stadium Hoki Azlan Shah malam ini.
Gelombang haba ragut 61 nyawa setakat ini di Thailand
Gelombang haba luar biasa dengan suhu yang dirasai melebihi 52 darjah Celsius setakat ini telah meragut 61 nyawa di Thailand.
Kira-kira 110,000 warga Palestin melarikan diri dari Rafah - UNRWA
UNRWA berkata tiada tempat yang selamat di Semenanjung Gaza untuk rakyat Palestin ketika keadaan hidup amat teruk.
Hubungan dengan Malaysia baik tetapi masih ada isu untuk diselesaikan pengganti, kata PM Lee
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, berkata hubungan republik itu dengan Malaysia "umumnya baik" tetapi masih ada beberapa isu yang perlu diselesaikan penggantinya.
Dua lelaki ditahan bantu siasatan pusat hiburan dibaling bom petrol
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata kedua-dua lelaki tempatan berkenaan ditahan pukul 3 petang di sebuah rumah.
Tumpuan Sabtu - 11 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Premis MARA dijadikan stor, tidak dibuka diberi notis dua bulan pengosongan - Asyraf
Premis-premis Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang dijadikan stor atau tidak dioperasikan seperti dalam perjanjian, akan diberi notis dua bulan untuk dikosongkan.
Azam junjung kasih kepada Sultan Ibrahim, ikrar jalan tugas dengan penuh integriti
Azam berikrar akan menjalankan amanah dan tanggungjawab tersebut dengan penuh integriti.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga Mutang Tagal
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia.
Agong berkenan berangkat ke majlis Rumah Terbuka JPM
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Madani Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini.
Agong, Raja Permaisuri berangkat pulang ke tanah air, selesai lawatan negara ke Singapura
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berangkat pulang ke tanah air hari ini, selepas selesai mengadakan lawatan negara ke Singapura selama dua hari.
'Lawatan Sultan Ibrahim pemangkin hubungan lebih kukuh' - Speaker Parlimen Singapura
Kehadiran YDP Agong bakal menjadi pemangkin hubungan yang lebih kukuh di antara dua negara, kata Speaker Singapura Seah Kian Peng
Agong lawat Parlimen Singapura
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan melawat Parlimen Singapura bersempena dengan lawatan negara selama dua hari ke republik berkenaan.
Agong, Raja Permaisuri tiba di Singapura untuk Lawatan Negara sulung
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berangkat tiba di Singapura hari ini bagi mengadakan Lawatan Negara selama dua hari ke republik berkenaan.
Agong, Raja Permaisuri berangkat ke Singapura pada 6, 7 Mei
Keberangkatan Seri Paduka Baginda berdua ke negara berkenaan adalah atas jemputan Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam.
Sultan Ibrahim berkenan hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka
Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Bomba Sedunia
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan Selamat Hari Bomba Sedunia 2024 kepada seluruh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.